eKelas Bahasa Inggeris Minggu 20

3 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Ogos 2019, Jumaat, seramai 14 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 3 sehinggalah Tingkatan 5 telah menghadiri kelas Bahasa Inggeris yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg. Bandong.

Kelas tersebut bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 6:00 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pada minggu ini, guru dan para pelajar berbincang tentang topik cara efektif membuat esei dalam bahasa inggeris.Selain itu, aktiviti lain adalah mengisi tempat kosong dengan ayat yang betul mengikut karangan yang diberi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali